Sunday, 4 November 2012

berilah kami kekuatan.


apa khabar semua. . . semoga sihat sejahtera. hari ni saya nak bercerita tentang sepupu saya.. tarikh 2 / 11 / 2012 pasti akan kami sekeluarga kenang untuk selama - lamanya . . . sepatutnya pada 3 / 11 / 2012 kami sekeluarga mengadakan jamuan makan- makan namun jamuan berukar menjadi kenduri arwah.. kita hanya mampu merancang namun Allah yang akan menentukan semuanya . sepupu saya terlibat dengan kemalangan lalu menghembuskan nafas yang terakhir . tak sangka pertemuan kami ahad yang lalu merupakan pertemuan yang terakhir . kami semua memang rapat antara satu sama lain. kehilangan arwah amat memberi kesan kepada kami semua.. pada kami ni semua bagaikan sebuah mimpi ngeri yang tidak dilupakan . kalaulah masa boleh diputarkan pasti saya melarangnya namun semua itu sudah tersurat.. kami semua mengetahui bahawa Allah tak akan beri ujian kalau seseorang itu tak mampu menghadapinya.

NI LAH ARWAH SEPUPU SAYA .

disini saya memohon kepada semua untuk menghadiahkan Al-Fatihah kepada MUHAMMAD HAFIS BIN HELMI dan semoga roh beliau dicucuri rahmat . amin .. doakan yang terbaik buat kami semua semoga kami  tabah menghadapi ujian ini terutama keluarga pak long saya . insyallah.. 
AL - FATIHAH

YA ALLAH BERI LAH KAMI KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI UJIAN INI . . . SEMOGA KAMI DAPAT CARI APA YANG TERSIRAT DI SEBALIK SEMUA UJIAN YANG DIKAU BERIKAN INSYALLAH ..

No comments: