Monday, 14 May 2012

haruskah menghargai org lain?????


Hari ni saya nak tulis kenapa kita kena hargai seseorang...










Biasanya..bila org tu dah tak ada baru la nak menyesal sebab sebelum ni buat tak tahu je. pastu selalu marah2 masa si dia setia menyanyangi dan mengambil berat..kan3x..betul tak??? saya tahu ramai yang macam tu...tapi korang tahu tak kenapa korang tak hargai si dia ???? sebabnya adalah korang "confident" si dia tak akan pergi tinggalkan korang..yela kalau dah ambik berat dan selalu bertanya khabar...memang "confirm" yang si dia betul2 menyayangi korang kan...memang la kita sebagai manusia harus banyak bersabar...





TETAPI.....KORANG TAHU TAK SETIAP YANG BERGELAR MANUSIA TU ADA TAHAP KESABARAN ...????






Korang ingat si dia akan setia menanti bagai pak pandir yang kebodohan tanpa berfikir???





sebenarnya korang silap..yela...setiap kali si dia menghantar sms atau telefon tapi korang hanya abaikan ...pasti terlintas di fikiran si dia bahawa korang sudah tak memerlukan dirinya lagi..justeru,kalau si dia membuat keputusan untuk meninggalkan kamu semua...di harap jangan la marah dan bengang..apatah lagi nak memaki hamun kan...perkara yang sebaiknya untuk dilakukan ialah muhasabah diri..cuba tengok..apa yang menyebabkan si dia meninggalkan kamu.....



Apa-apa pun dalam sesuatu perhubungan kita harus tahu menghargai seseorang itu sebelum terlambat...jgn apabila sudah hilang dari pandangan baru rasa menyesal...apa-apa pun sayangi orang mengambil berat mengenai kita..

Ketika hati brsedih
kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa....
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama org yang bersabar..



ok lah setakat ni saja luahan saya kali ini ..apa-apa pun senyuman mampu mengembirakan org sekeliling wlupun di hati sendiri hanya ALLAH yg mengetahui..





senyumlah selalu..semoga hari kamu semua di berkati...amin...

No comments: