Saturday 5 May 2012

Sahabat oh sahabat....



Di dunia yang fana ini , terdapat pelbagai jenis sahabat yang boleh ditemui....saya sendiri sepanjang bernafas di dunia ni dah jumpa macam-macam jenis sahabat..Semua pengalaman dan ikatan persahabatan itu dapat membantu mendewasakan saya.
Di bawah ni saya akan senaraikan jenis-jenis sahabat yang saya dah jumpa...


 P/S = SENARAI INI BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENJATUHKAN MARUAH SESEORANG MAHUPUN MEMBUKA PEKUNG DI DADA TETAPI HANYA SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA... HARAP MAKLUM... 

1.sahabat bergossip
* mereka ni memang 1 kepala dengan kita ,masa nak bergossip memang dia ni kira yang paling terbaik la..kalah melodi taw...nama pun kawan untuk bergossip kan ,kadang-kadang kita pun jadi hot topics..hihihi


2.sahabat masa senang dan masa dia susah..
*masa dia sedih ataupun tak ada tempat nak mengadu barulah datang mencari kita..kiranya kita ni penyelamat terakhir dia la..tapi yang tak best nya masa kita susah jangan kan nak tunjuk muka nak balas sms pun susah taw..
hai..manusia-manusia...





3.sahabat yang hanya memerlukan pertolongan dari kita..
*masa nak suruh kita buat sesuatu ataupun nak guna barang kita baru lah dia nampak kewujudan kita ni..tapi lepas dah dapat apa yang dia nak boleh pula buat tak kenal..adoi...ni macam pun ada..hihihi




4.sahabat setia masa kita senang mahupun susah...
*tak kira lah masa kita senang mahupun susah dia sentiasa ada untuk kita ..tak kisah la apa yang orang kutuk ,caci maki kita mahupun fitnah kita , dia tetap berdiri teguh di belakang kita sambil memberikan sokongan dan semangat..mana ada manusia yang sempurna kan..dalam setiap persahabatan pasti ada onak dan duri...pergaduhan pasti telah menjadi asam garam persahabatan..itu semua dapat mengukuhkan serta mengeratkan lagi sebuah ikatan persahabatan..alangkah lidah lagi tergigit apatah lagi sahabat sejati kan,,hihih....


apa-apa pun saya bersyukur sangat sebab dah dapat jumpa sahabat yang sangat baik dan dapat memahami saya.kami berkawan memang dah lama....terima kasih sebab dapat terima saya seadanya sebagai sahabat baik anda...saya harap kamu semua dapat la mendoakan agar persahabatan kami ini berkekalan...amin..







lagu ni khas untuk semua sahabat di luar sana..semoga kita sama-sama dapat memperbaiki perhubungan kita serta menjadi seorang sahabat yang baik... =)    hayati la setiap bait-bait lirik yang dinyanyikan ok...


NAJWA LATIF -SAHABAT




sampai sini saja coretan saya kali ni..
semua ni hanya pengalaman hidup saya ..kalau ada yang sudi nak memberi pendapat mahupun meluahkan perasaan ..silakan..semua sokongan anda amat dialu-alukan ..terima kasih sebab sudi membaca... 
apa-apa pun yang penting senyum selalu ok.. =)  semoga kehidupan kita semua diberkati oleh ALLAH S.W.T... amin...








No comments: