perkongsian bersama .
Apa khabar semua ?? diam tak diam bulan 1 hampir pergi dan tak lama lagi bulan 2 akan memunculkan diri.. cuba kita muhasabah balik diri sendiri apa yang telah kita lakukan sepanjang bulan pertama dalam tahun yang baru ni..adakah kita melakukan sesuatu kebaikan untuk orang ramai ataupun sebaliknya..semoga kita sama-sama dapat menambah baik diri kita sendiri dari segi dalaman ataupun luaran ..Insya Allah ..
Muhasabah diri dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian .. dengan cara ini kita dapat menaikkan diri kita ke satu tahap yang lebih baik .. Insya Allah .. dengan ini mari lah kita sama-sama kita menuju ke satu tahap yang lebih baik untuk kesejahteraan kita dan semua pihak..
Kita hanya perlu memulakan hari dengan senyuman .. meskipun nampak mudah namun itu juga dikira satu kebaikan kerana dengan melebarkan senyuman kepada orang lain , mereka juga akan merasa tempias kegembiraan itu .. kalau nak lebih percaya, apa kata anda cuba sendiri ?? Insya Allah berkesan ..
oleh itu , marilah kita sama-sama menyebarkan kasih sayang kepada orang lain..
Akhir kalam dari seorang hamba Allah sentiasa tersenyum dan sebarkan kebaikan walaupun sekecil zarah .. ^_^
No comments:
Post a Comment